nuffnang advert

Friday, August 30, 2013

SILA MINTA MAAF!!!


motip sangat kita yg kena mintak maaf sbb kedai tutup...
kahkahkah....





sumber: cari.com

ini semua poyo!!

Assalamualaikum semua...
ok, ni last la dah gambar raya...kali ni nak tayang gambar2 poyo...sajer, nak buat kenangan kami laki bini...

 masa ni berjalan beraya rumah mak sedara kat depan tu...sambil jalan, sibuk anak aku si abang nak amek gambar kami...so, ni hasil kerja dia lah ni...

 pegang tangan tu pun dia yg suruh...hahaha...

 oh hoi...sweetnya gambar ni...
matik la statement...kena bahan dgn budak2 ofis aku ni...hahaha...

amacam? poyo tak?


k, bai!!

Thursday, August 29, 2013

Remaja tembak pemain besbol kerana bosan


ANGGOTA keluarga, sanak saudara dan rakan Chris Lane (gambar kecil) beratur untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemain besbol Australia itu di Melbourne, Australia semalam.

MELBOURNE - Hampir 1,000 orang berhimpun di sebuah gereja di sini semalam untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemain besbol Australia yang dibunuh dua remaja kulit hitam dalam kes serangan rambang di Oklahoma, Amerika Syarikat.

Chris Lane, 22, ditembak mati di bandar Duncan oleh dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun ketika dia keluar berjoging pada 16 Ogos lalu.
Dia yang berada di AS kerana mendapat biasiswa besbol akan menyambut hari lahirnya yang ke-23 minggu depan.
"Apabila seorang yang muda belia seperti Lane hilang nyawa, ini satu tragedi tetapi apabila nyawa seseorang hilang tanpa sebab dan tujuan, ia amat sukar untuk diterima," kata bapanya, Peter Lane.
Satu inisiatif mengutip dana dalam talian bagi membayar kos pengebumian Chris sebanyak AS$15,000 kini mengumpulkan lebih AS$170,000 melibatkan sumbangan di Australia dan AS.
Baki wang terkumpul itu akan dimasukkan ke dalam sebuah yayasan di bawah nama Chris.
Dalam pada itu, James Edwards, 15, dan Chancey Luna, 16, didakwa kerana membunuh pemuda itu dengan mereka berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.
Pihak pendakwa raya memberitahu, tiada bukti menunjukkan pembunuhan itu bermotifkan perkauman walaupun Edwards pernah memuat naik komen-komen berunsur kebencian di laman sosial awal tahun ini.
Menurut polis, kedua-dua remaja itu "bosan dan mahu melihat seseorang mati," untuk mencari keseronokan.
Seorang lagi remaja, Michael Dewayne Jones, 17, yang berkulit putih turut didakwa kerana membantu mereka dalam jenayah itu.
Kes itu membangkitkan kembali debat perkauman di AS yang tercetus susulan insiden seorang remaja kulit hitam Trayvon Martin yang ditembak oleh George Zimmerman dalam satu komuniti berpagar di Florida. - AFP

sumber: kosmo

@ Linggi, N.9

Assalamualaikum semua...
masak la korang, minggu ni layan aku tayang gambar raya je la...hahaha...suka lah, blog sendiri kan....
raya ketiga pagi2 tu terus kami shoot gerak balik ke Linggi, N.9, rumah nenek mertua aku...mak ngan adik beradik ipar semua berkumpul kat sana...

 sbb dah raya ketiga pun kan, mood nak bergambar pun dah takde...ni pun pakai henfon jer.....masa ni kami anak beranak baru je sampai Linggi, letih lagi...eh, mcm aku pulak yg drive...kehkeh...

 dua2 ni adik ipar aku...Nurul dan Mimie...ada lagi sorang, Ain, mana ntah Ain masa ni...eiii, tak cukup korum la....
mak mertua aku pun takde dlm gambar raya kali ni, bz kat dapur kekdahnya...mmg menantu hantu sgt kan, mak mertua tgh penat masak kat dapur, kami gi bantai bergambar bersuka ria kat depan rumah...hahaha...
ampun mak!! sayang mak la...

 bersama Chinta yg notti, anak buah aku, anak si Nurul...

 anak2 buah aku...cucu mak mertua aku ada 7 org semuanya, tapi ni ada 5 je, tak cukup lagi dua, mana ntah si Yaya dan Ikram...

 skema....hahaha...

 nasib baik adik ipar aku ni pun jenis kaki posing....tak lah nampak aku sorang je yg gediks...ekekek...ada banyak lagi gambar poyo kami berdua, tak yah tayang la, buat muntah hijo korang je....muahahaha...

 akak doakan ko cepat2 preggy, Mimi sayang...amin...


tahun ni nak lenjun pakaikan baju melayu lama sikit kat anak2...rugi dah tempah tapi pakainya hanya sekali, so, beraya kat rumah sedara mara pun aku pakaikan dorang baju melayu...tapi ada jugak bwk baju tshirt bagai...kalau dah petang dah berpeluh, baru tukar baju lain...nasib baik anak2 dan laki mak jemah tak kisah...heheh...


beraya kat Linggi rumah mertua pun best, cuma ada kurang sikit tahun ni sbb nenek mertua aku tak sihat, so, sedih sikit la kami ni...huhu...

sayang family mertua sangat2, Alhamdulillah dapat family mertua yg sgt best...adik2 ipar pun best...pandai mak pak mertua aku didik dorang...bangga mengenali dorang dan tergolong dlm keluarga ni...harap hubungan aku dgn dorang boleh baik mcm ni selamanya...

Wednesday, August 28, 2013

soal jwb agama: haiwan 2 alam haram dimakan

Apakah hukumnya memakan haiwan seperti tupai, monyet, kelawar, biawak dan ular sawa? Ini kerana saya terkejut apabila tunang mengaku pernah memakan haiwan itu.
Saya sudah jelas bahawa haiwan itu haram dimakan, selain merujuk pada pendapat orang terdekat dan Internet. Ada juga pendapatnya yang mengelirukan. Saya risaukan tunang saya yang kini bekerja di seberang laut. 
Saya juga ingin tahu, adakah Islam membenarkan umatnya memakan organ seks haiwan seperti testikal lembu dan kambing? 
TUNANG RISAU 
Johor

Islam tidak mengharamkan memakan sesuatu melainkan ia tidak baik untuk manusia. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyatakan “seluruh binatang pemangsa dengan gigi taring haram memakannya.” 

Ini bermakna binatang buas bertaring dan burung berkuku cengkam untuk menangkap mangsa dan memakan haiwan lain (karnivor) adalah haram dimakan. 

Begitu juga haiwan yang dikategorikan sebagai “khaba-is” atau kotor dan haiwan yang diperintahkan untuk dibunuh tanpa melalui proses penyembelihan adalah haram dimakan. 

Dengan ini, haiwan yang disebut saudari adalah haram dimakan. Begitu juga haiwan yang hidup dua alam seperti kura-kura, penyu dan katak. 

Lembu dan kambing halal dimakan bila disembelih. Bagaimanapun, bahagian yang haram dimakan walau selepas disembelih ialah darah, najis dan kotoran, organ kelamin zakar dan faraj, pundi kencing dan hempedu. 

Makanlah daripada selainnya yang banyak dan halal. Kenapa perlu memilih untuk makan yang diharamkan daripada sedikit itu.


sumber: harian metro

kena serbu

Assalamualaikum semua...
pagi raya lepas je kami dah bergambar dan bersalaman bagai kat belah atas rumah nenek, terus ada ramai sedara mara yg lain serbu rumah nenek...begitulah setiap tahun, pagi2 dah ramai serbu rumah nenek...nasib baik ada ramai makcik2 yg melayan...kami yg gojes ni duk tepi je la...hahaha...

 fuh...mmg ramai...lepas satu family, satu family datang...mmg tak menang tangan nak melayan...tapi masa raya ni la nak kenal sedara mara kan...kadang tu ada yg tak kenal..padahal sedara...kalau jumpa kat klcc berselisih bahu tak kenal agaknya....huhu...(nak sebut klcc je...wakaka)

dah ramai mcm ni, ada je la byk mulut yg bertanya, bila nak tambah anak pompuan pulak? eiiiii, tak kuasa tau nak layan soalan mcm tu...buat hangin je di pagi raya....hahaha...

Tuesday, August 27, 2013

buai laju laju


gigih bapak ko dik...demi anak, sanggup dia jadi buaian...kehkeh...





sumber: cari.com

Pagi 1 Syawal, Sg. Besar

Assalamualaikum semua...
orang lain dah cerita pasal hari raya dorang, aku baru nak gebang ni ha...apa ada hal, raya sebulan katanya...lagi pun aku bagi korang up dulu citer raya korang, aku lambat sikit la, kang semua blogger duk citer pasal raya masing2, boring pulak korang baca...ekekek...ala, raya aku mcm biasa jugak la...mcm korang jugak la, ada berkumpul sanak saudara, mkn lemang, ketupat, rendang bagai...

 tema tahun ni, maroon kata ko...

 bersama dua hero...hensem anak2 mama pakai baju melayu... :)

 ceria di pagi 1 Syawal....


 ada org komen nak tgk baju raya aku...hahaha...tak payah nak tgk sgt la heh, baju raya aku bukan merelip pun...aku biasa lah, sesimple as I can...
paling penting gambar aku ni berlatarbelakangkan pokok pisang dan pokok kelapa, ko ada?

 lagi gambar2 gediks bersama sepupu sepapat...sepupu aku ada ramai sebenarnya, yg ni cuma suku drp dorang...yg lain mana ntah....sepupu2 aku yg lain, yg takde dlm gambar ni, sila jgn sentap, kang next year kita amek gambar lagi ye...

 nenek aku yg kat tgh tu...dah berumur 82...Alhamdulillah, nenek sihat lagi...mak aku pulak yg baju oren duduk sebelah nenek aku tu....
ni semua anak2 nenek...anak nenek ada 12 org semuanya, tapi yg ni cuma 9 org je, lagi 3 org beraya rumah mak mertua masing2...yg pakai spek hitam tu, mak long aku, dia baru lepas operate mata...sian dia...lepas ni turn mak aku pulak operate mata buang katarak...harap semuanya berjalan lancar...

 yg ni pulak cucu2 nenek...cucu nenek ada ramaaaaaaai sebenarnya, yg lain mana ntah, tak dpt dikesan...cicit nenek pun dah ramai...tak terkira dah....huhu...

 my family...adik aku tahun ni beraya dgn abah dia kat Padang Besar, Perlis...huhu...sunyi pulak Dik Emy takde...moral of the story, sila beranak ramai2, bila time raya, kalau anak sikit, mmg boring lah...hahaha...nasib baik ada ramai sedara mara...huhu...

 bersama mak tersayang...mak aku ni otai memasak, masakan mak semua sedap2...tapi aku jarang berguru dgn mak, kebanyakan masakan aku belajar dgn mak mertua...tak tau lah nape...

 anak aku si abang ni, pagi2 dah merayau...susah nak carik dia...rupanya main kat bawah...sudahnya berpeluh2 dia masa amek gambar...grrrrrr...

 yg ni pulak si adik yg notti...jajan biskut roda tu, dia perabiskan sorang...grrrr....

 anak beranak sedondon baju melayu....gigih tempah kat tailor tau...

 alololo, comelnya anak mama....

 kembungkan selagi boleh....

 ni pulak masa nak bersalaman...yg tua semua dah ready amek tempat..yg muda kena berdiri, beratur nak bersalaman dgn yg tua...mcm ni lah setiap tahun pagi raya...mmg meriah....saling memaafi...

 mak salam nenek...
masa salam2 ni mmg syahdu, masa awal2 arwah atuk meninggal dulu, lagi sedih tau...mmg satu rumah bersedih di pagi raya...alahai, masa tu mmg syahdu sungguh...huhu....
tapi sekarang semua org emosi dah stabil sikit...heheh...

 see, ko tgk tu, mmg ramai kan...meriah rumah nenek aku...

 beratur nak bersalaman, amek turn...

beratur jgn tak beratur...budak2 la syok time ni, sbb dpt duit raya....kita yg tua ni lah pening kepala nak keluar duit raya banyak...muahahaha...


love semua family aku...aku rapat ngan sepupu sepapat, makcik pakcik semua aku close...siap ada Haji Salikon's grup dlm whatsapp...ada lebih kurang 50 ahli kot dlm whatsapp grup tu...lepas tu aku pun pening nak melayan bila asyik tung tang masuk wasap...hahahaha....

Monday, August 26, 2013

nak buat rendang ke masak merah neh? hrmmmm...


panjangnya kuku....euwwww....



sumber: cari.com

oh gediknyaaaaa

Assalamualaikum semua...

bersama sebahagian sepupu sepapat, pagi 1 Syawal @ Sungai Besar, rumah nenek tersayang...


nak tayang gambar raya, tapi mood tak sampai lagi...tayang sekeping dulu...ekekek...mastermind suruh bergambar gedik tu yg pakai baju maroon bunga2 tu..hahaha...

dalam gambar ni, cuma dua org yg dah jadik mak budak, yg lain single but not available...hahaha...
seronok sgt beraya kat Sg. Besar ni, sbb ramai sedara mara...meriah sgt...anak2 pun dapat duit raya banyak...eh?

kang kalau ada mood nak upload gambar, esok keluar la n3 raya aku...heheh...chow dulu...kekenyangan sgt ni, baru lepas mkn rendang + nasi impit... :)

Friday, August 23, 2013

calon masterchef musim baru


sabo je la....hahaha...



sumber: cari.com

bila tamak menguasai diri

Assalamualaikum semua...
hari ni ujan lebat giler kan...bangun pagi2 rasa malas nak pegi keje...heheh...tapi gigih bangun...tapi tau je lah, kalau dah hujan, rasa lapar ya amat...mcm tak mkn seminggu...ekekek...
so, bila sampai ofis, tgk nasi lemak nak...tgk bihun nak...tgk org order roti arab pun aku nak...

 sudahnya aku order roti arab judu dgn sambal sardin...tadi ofis aku takde letrik...terkial2 budak buat roti arab ni sapu marjerin kat roti arab ni....hahaha....kesian kat dia...

pastu pulak nampak bihun panas2 berasap...aku pun amek la sepolisterine...judu dgn sambal paru dan telur mata...ohho...lapar neh...

sudahnya ada dua polisterine la kan...kat lif, ada staf lelaki tanya:

"ko ngandung ke? makan utk dua org ke?"
"eh tak lah...nape?"
"tu sampai dua polisterine..."
"errrrr, ni kawan aku punya satu, dia kirim..."

kahkah....kan dah malu...tamak punya pasal...tak pasal2 kena bohong sunat..kuikui....
sudahnya, lepas mkn roti arab tu, aku dah kenyang...kenyang sgt dah neh...bihun tu nampaknya buat lunch nnt la....

moral of the story, jgn tamak, kang orang ingat korang mengandung....muahahaha...


Thursday, August 22, 2013

Bunuh isteri curang


ANGGOTA polis melihat mayat Suria yang mati disyaki ditikam suami sendiri di Ganang, Kepayan dekat Kota Kinabalu semalam.


KOTA KINABALU – Seorang lelaki seolah-olah menyesal atas tindakan terburu-buru membunuh isterinya apabila hanya berdiam diri bersebelahan mayat wanita itu sebelum dia diberkas bersama sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu semalam.

Kejadian di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan Ganang, Kepayan dekat sini pukul 9.45 pagi itu berlaku apabila suspek berusia lingkungan 40-an itu disyaki telah menikam berkali-kali tubuh Suria Amuk, 45, selepas dia gagal mengawal emosi ketika bertengkar dengan mangsa.
Difahamkan, pertengkaran berlaku apabila suspek merasa cemburu selepas mendakwa mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya sejak beberapa bulan lalu selain kerap berjumpa ketika dia tiada di rumah.
Pasangan warga Filipina tersebut masuk ke negara ini sejak beberapa tahun lalu dan bekerja dalam sektor pembinaan.


sumber: kosmo

semua untuk mak

Assalamualaikum semua....
hari Sabtu lepas mak dtg rumah aku, beraya katanya...tidur dua malam kat rumah aku...syok ah mak dtg...mak dtg dengan adik kesayangan aku tu, Dik Emy...sejak mak dah pencen ni, mak berjalan sajer...ok lah tu kan, dulu masa mak bekerja, mak susah nak gi sana sini...Sabtu Ahad pun kengkadang mak kena keje...
so, bila mak dah datang, aku masak2 lah...semua utk mak...tak main lah beli kat luar okeyyy...

 gigih pagi2 bangun goreng bihun...
ikhlas untuk mak.

tengahari pulak buat masak lemak udang cili padi + kacang panjang...hubby carik udang yg besar2...sekilo rm30...mahal pun tak kisah...
ikhlas untuk mak.

 dijudukan dengan sayur campur, kobis bunga + cendawan + kacang panjang
ikhlas untuk mak.

 hari pertama mak sampai, buat sup tulang...beli 2 kilo...kebetulan ada tetamu yg dtg beraya rumah aku, anak buah aku, Saiful dan family, dan kwn lama aku, Iha dan family...aku jamu dgn sup tulang ni jugak...rezeki dorang...langkah kanan namanya tu...Alhamdulillah...seronok tgk dorang mkn bertambah2...resepi sup tulang boleh tgk sini..
yg special sup tulang ni sbb ni bukan tulang biasa, tulang rusuk...2 kilo rm50...mahal pun tak pe..
ikhlas untuk mak.

 dijudukan dengan sambal ketuk..resepi sambal ketuk boleh tgk sini...
ikhlas untuk mak.

mak dan cucu sulung dia, Arel...


kalau mak lama lagi kat rumah, mmg aku akan masak mcm2 lagi...maklumlah, kalau balik kampung, mak selalu masakkan masakan utk anak menantu cucu dia ni....huhu...tak kira mak penat ke, mak tetap curik masa utk masak jugak...
so, kali ni mak dtg, aku pulun masak yg special sikit...mak ckp aku rajin...hahaha...mana tak rajin, bukan selalu mak dtg rumah...ala mak, ini pun tak seberapa mak...nak dibandingkan dgn apa yg mak masak utk kami...mak pun bukan selalu dtg rumah along...
lepas tu malam2 kami anak beranak bersembang sampai pukul 3 pagi ditemani dgn teh tarik special jugak...berulang kali mak ckp teh tarik aku best...boleh bukak kedai...ekekek...apa2 je lah mak...



semoga Allah terus berikan kesihatan yg baik buat ibu kesayangan aku ni....amin...sayang mak sgt2!